BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 24, 2012

Liku-Liku Kehidupan di Glasgow 7-Study weeks yang tinggal week ye!


Assalamualaikum!

Waaahh..nak kata terkejut tak terkejut tengok layout nak menulis blog dah bertuko!
*akak suka taww,lebih mesra kak pah*

Baiklah,sekarang Kak Pah and the associates tengah minggu study,
dah nak final yang final!!

Harus lebih gentar dari final juara lagu..

Oklah!

jomkita main teka-teki,

Sebelum tu,
Haruslah menyanyi ,
*teka-teki, teka-tekok ular  mati atas pokok*
Rajin ular menyusur naek pokok walaupun dah tak berape nak sihat kann..

Soalannye,

 Harta apa yang agak berharga tymestudy week ni?

Jom kita teka,



 Apekah yang ade dalam kotak ni?
Nota-nota? Slides lecturer?Past years?Diari anak seni? *eh,tetibe* Skrip upcoming movies?





                                                          ...............................................











Keropokkkkk!!!


(Ni gamba stok lama,sekarang takde stok, harus stockup)

Tapi,bile ko banyak keropok,ko nak coklat pulak kann..
Alhamdulillah, hall kitorang dekat ngan aldi,
mampu beli dikk..
Kalau dekat ngan Sainsbury je..tak ke nanges nak menanggung karenah tyme2 ala2 stress ni..

Tapi syukur,ade lagi coklat yang Farrah bagi time birthday haritu



Ape-ape pon,

Kak pah telah mendapat pesanan tulus ikhlas dari CikTikah,
Katenye ingat,


* Happy giler si ketam ni kannn pegang duet,muke pon ala2 tamak gitu (Hadiah Hazwan bagi)
D.U.I.T

Doa.Usaha.Istiqamah.Tawakkal

Moge2 Kak Pah and associates dimudahkan urusan oleh-NYA

Aminnnnnnnn...






Monday, March 26, 2012

LikuLikuKehidupanDiGlasgow-6

"Sambil menyelam,Minum air dikkk"

Tak ke lemas tu??

Tengah buat discussion FYP,curik2 la sikit masa hapdet kejap.

Sementelah, kak pah membuat FYP kak pah ni,

Barulah kak pah teringat,

Dulu-dulu,lepas PMR,

kak pah telah meng`apply' tempat disebuah sekolah teknik di Melaka

nak ambil sains pertanian dikkk

ko percaye?

Rupa2nya dulu kak pah minat pertanian yekk
(berangan lah jadi petani moden,padahal tanam pokok pastu tinggal jek)
Ko jangan tak tahu,
AgroTek,AgroJournal kat TV1 tu febret Kak pah taww
On top of cerekerama,rosalinda,thalia,pangako sa yo,la intrusa etc..

Maka,kak pah pun dapatla tempat disekolah tersebut
Namun,kak pah tidak pergi ke sekolah tersebut dek kerana
trauma nak duduk asrama dikk
(sleep deprivation)

ALLAH knows best!

kini, kak pah sedang membuat FYP berkaitan pokok

jadi kenot2 merungut la ye kak pahh!!

ade hikmahnye tuee..


Semalam,jalan2 tengok SPORT RELIEF kat George square,

adela choir dari org2 yang working with charity,

powerful suara diorang, sedap nyanyi

makcik2

sentap taww kak pah,rase nak join nyanyi

Dahlah tak siap discussion lagi,makcik2 tue second song diorang nyanyi lagu

sebut2 nama "penyelia projek" hakak..

haaaaaa...banyak kali pulak tuee

siap lagu tu ade sebut pasal lawyer2..harus ko lagu turun naek mahkamah

Kak pah pown hOkeyh...

"Discussion"

Pastu,chill balik!!


Friday, March 23, 2012

LIKU-LIKU KEHIDUPAN DI GLASGOW SIRI ZOMBIE

Assalamualaikum semua

Ape kaba y'alllsss..

lama kan tak update- seperti yang dijangka kan

"bagai populariti seorang retis,ade turun naeknye rasa nak menghapdet blog"

Okaylah, kak pah kini sedang dalam fasa rumit seperti yang dialami pelajar2 lain

"menyiapkan assignment dan projek tahun akhir sebelum TALIMATI"
erkkkkk..

Oleh itu,hidup kak pah kini sedikit huru-hara,kacau-bilau,dan lain2 lagi

walaupun begitu disebalik kehuru-haraan,terselit
Kehurrah-hurrahan

Untuk menyiapkan kerja last minute,
harus kak pah katakan yang kak pah and frens terpaksa mengorbankan tidor kami seperti kebiasaan orang2 lain juga

Kami adakalanya sama2 stay up dan sama2 menyaksikan diri kami yang boleh dikatakan separa SAYWELL

Ini cerita dari anis (mimpi separa sedar),

Kak pah: anis,bangun..(anis mendengar sebagai jom makann..)
Anis: makan ape?
Anis kemudiannye mendengar seperti Kak pah menjawab: makan STEROID

vavavavvavah...memang ahli GYM sejati yobbb!!

Kak pah kalau teringat cerita mimpi separa sedar anis ni,memang gelak sorg2


Next story,

Pukul berapa tak ingat time tue..tapi pagi2 buta

Kak pah nak pegi toilet rasanya

Anis: Cipak,aku nak pulangkan buku Rang n Dale ko ni.Aku letak atas meja ko eyh..

Kak Pah: tak payah la letak atas meja aku,ko letak kat LANTAI..

bila diri dah rasional sikit,memang rasa pelik gile ape yg aku cakapkan tu..

Assignment...Assignment...you drive us ZOMBIE..


Sunday, January 1, 2012

Liku-liku kehidupan di Glasgow 4 - Selamat Hari Jadi Kak Pah 2 =D

Sambutan ke-2, (15 disember 2011) hari kelahiran biduanita chelup/bakal biduanita negara??-sape tahuuuu kannn.


Hari itu seperti hari yang biasa,
Kak Pah pulang dari lab lewat dari orang lain/lebih menyedihkan orang lain dah start cuti winter.

*Kak Pah Redho Yayadan Selalu*

Selepas menunaikan tanggungjawab,kak Pah mula mengamalkan aktiviti tidak sihat kak Pah iaitu tidur di waktu petang/kalau kat obersi time winter2 nih,konpom waktu maghrib!

After a short nap, kak Pah pun mula masuk ke dapur kerana hari tersebut merupakan hari dimana kak Pah dikehendaki memasak.

Kedengaran kemeriahan rakan2 kak Pah memotong sayur,daging salami,rebus makaroni,dan yang paling best ialah apabila seorang rakan kak Pah
"berjaya membeli mixer baru".
Tak lupa juga yang meng`clearkan' rumah serba sedikit.

Hati kak Pah yang konon2 innocent2 ayam ni pon terdetik "diorang nak masak untuk Spain ni"
*Sebenarnye ade la perasan-perasan, "entah2 mereka nak buat majelis hari jadi kak Pah"
tapi pada masa itu,
kak Pah sedikit sebanyak mendidik hati kak Pah supaya tidak terlalu perasan,supaya kelak kau tak kecewa.
Namun,apekan daya kalau apabila rasa perasan kak Pah, berjaya menguasai hati kak Pah yang lemah ni.
kita layannnnnnnn..

Tiba waktu kak Pah nak masak nasik, Aleen pon cakap " Kak Pah (nama samaran),jangannnnn masak nasikk"
Kemudian dia meneruskan, "Ko boleh teka takk?"

Ahakkssss,malu2 ayam pon menjengah hati kak Pah (wawahh..noveletisss taww)
"Bole2"
sambil buat alasan "owhh,aku ingat korang nak masak untuk Spain"
drama queen..drama queen..
naseb baek bukan dancing queen
*Smile*

Selamatla ayam yang kak Pah defrost pakai microwave,hape lagi,kite kunyit dan garamkann mereka untuk buat masak esok hari..

Persiapan majelis diteruskan
dan majelis yang gilanggemilang pon berlansung jam 7.30pm,

Gambaran hidangan di sekitar majelis
Jacket potato berintikan capsicum,salami,dengan ubi,topped dengan cheese



Makaroni cheese
*Berikut adalah hasil2 masakan chef2 H8 dan G7*
Like a G6 yallsss
Burger daging+cendawan - hasil kerja chef H3

Puding Buih hasil kerja kursus Farrah Suraya
Haaa..Ko pernah makan ke? selama akak kat Malaysia,akak tak pernah jumpe puding buih ni.
Kat Obersi jua akak merase..Jangan maraahhh!

Creme Caramel Pudding by Aniss!
Quality Street Chocolates - sekilo(setin) Faiz bagi kat semua orang,sekilo lagi Farrah bagi hadiah birthdayy!!
Weehuuu! tambahan 1kg dalam berat badanmu =)
kak Pah kesahhh??
*Op koss*

Haaaa..ape lagi yang significant kalau harijadi,
mestilah kek birthday
*again tawww*
Kak Pah memang over the limit,
tak kesaahh la dikkk
Hasil kerja kursus Mirahhh!!
Sedaaapp dikk oiii!
macam cheese campur coklat gituh.
Nak order boleh kontek Kak Pah ye!

Terima Kasih Chef2 semua,
H8 dan G7 dan E6 *Fairuz,Fariz,Aleen,Bee,Mirah,Anis,Farrah
*H3*Hazwan,Wanji,Duwe*
Walaupun Joyah,
Kak Pah sayang. Apekahhh??
(Ewahh2 Farrah,ade sabun ke dalam puding buih tue..muahahha)

Tak lupa juga,tetamu2 yang datang
Tetamu kak Pah tak sangke, satu batch*Faiz,Wanli* Abang Master *Hanafiah*Adik2 same2 undergrad *Idris,Najhan*
Terima Kaseh Daun Keladi,
Kalau Boleh buatla sampai birthday kak Pah yang ke-40 =D





Liku-liku kehidupan di Glasgow 4 - Selamat Hari Jadi Kak Pah 1 =D

Assalamualaikum!

Jangan sentap sangat dengan tajuk entry akak yang syok sendiri ni yek..

Alhamdulillah,pada tanggal 14 disember 2011 yang lalu,
kak Pah telah diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk menyambut hari kelahiran kak Pah yang ke-23!
Syukur,teringat pulak entry blog Mirah dulu2 pasal pertambahan usia,
apa yang kak Pah (sebagai thenextchosenustazah) dapat simpulkan ialah pertambahan usia tu tak membawa makna apa2 kalau tidak diisi dengan keberkatan.

*mari muhasabah diri seketika*

Ewahhh!
Ok,kak Pah nak cerita la sikit pasal sambutan hari kelahiran kak Pah 16 hari yang lalu,

Sungguh tak sangka Kak Pah dengan usaha gigih rakan-rakan kak Pah yang bersusah payah membuat surprise dan persiapan masak2 untuk hari jadi akak haritu.

" Terime Kaseh korang semua"

Kak Pah yang berhati kental inipun terharu

Sambutan Hari Kelahiran Biduanita Chelup 1-> 14 disember 2011 (waktu omputeh)
12.30am

Kak Pah and the associates malam itu rancak (exaggerate) berbincang mengenai kes pesakit yang kami akan bincangkan bersama2 student medic University of Glasgow pada keesokannya.
Aktiviti ini sudah menjadi kebiasaan (padahal 3 kali je baru) bagi kak Pah and the associates.
*PokPekPokPekPokPek*
Kali ini,kami berbincang diruang tamu.

Pada jam 12.00am,rakan2 serumah kak Pah yang lain,mula keluar dari bilik dan mula menyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi Kak Pah!"
Bee pun memberi pre-birthday present kepada kak Pah,

Kak Pah pun berasa hepi dan kemudian kami meneruskan perbincangan.
*PokPekPokPekPokPek"

Seketika kemudian,
Kak Pah menerima WATSAPP dari ahdek Kak Pah;Hazwan Samian yang tidak ketinggalan memberi ucapan kepada Kak Pah!
disamping ucapan, Hazwan turut menanyakan "Kak Pah tengah buat ape?"
"Tak tido lagi?"

Kak pah pun tanpa rasa ragu2 menjawab soalan adik kak Pah te
rsebut dengan tulus ikhlas.

Sewaktu Kak Pah,sedang hangat berbincang mengenai kes pesakit dengan Jolollyah,Fairuz tiba-tiba menghulurkan sebiji kek Coklat dihadapan muka kak Pah.
Kak Pah yang tidak sempat melatah terus menjerit KETAKUTAN,eyhhh..bukan,Terkejut dikkk..
Rupa-rupanya,Hazwan,Wanji dan Duwe sudah berada diluar pintu rumah untuk membuat sepraissss!! Sedaaaaaappp dikkk oiii kek nie

Kalau2 rase nak order,boleh kontek Hazwan /WanjiYobb..kelasss ye kek korang

Disamping kek tersebut,adelah snek2 tambahan yang diberi oleh Aleen & Mirah untuk memeriahkan lagi aktiviti makan kek
Aiskrem hijau : Aleen
Biskut:Mirah

*Totally Surprised*

Kak Pah juga malam tue menerima sumbangan hadiah hari jadi dari adek kak Pah,
-sape lagi yang rajin handmade2 ni kalau bukan hazwansamian-
pandai ko buat dikk oii..

Jangan lupa baca next post kak Pah - episod kedua sambutan hari jadi kak Pah!
Kak Pah terpaksa separate,kerana trauma

p/s:Hangen jugak kak Pah dengan blogspot ni,habis post kak Pah haritu (dahla nak penghabisan) hilang gara2 meletakkan satu gambar,sabar je la..oleh kerana itu,post kak Pah mengenai birthday kak Pah ter`delay' seketika kerana kak Pah nak recover dari trauma yang kak Pah alami.