Assalamualaikum!
Kali ni, Kak Pah nak cerita pasal "Carboot Sales".
Nie memang tempat pebret kak pah tawwww...
Ok,Carboot sales nie macam pasar lambak la orang kate,orang ramai akan jual diorang punye barang (barang second hand) dari rumah/tak kesah la ko nak jual ape..
So,diorang akan bukak boot kereta atau diorang nak tutup pon boleyhhh untuk jual barang2 diorg. Sebenarnye,takdela barang2 tu memang direct diorang jual dari boot kereta tapi diorang akan ade meja sendiri dan berniaga.
Senang cerita diorang park kereta diorang dan berniaga dekat kereta diorang.
Setakat kak pah kat Glasgow ni,satu tempat carboot je yang kak pah pernah dan selalu pergi (berbanding rakan2 seangkatan kak pah).
Iaitu dekat ' Blochairn Sunday Market'
Carboot ni ada hari ahad je, selalunya pukul 8pagi orang dah bukak dan dalam 12lebih tghari diorang dah start nak tutup.
Maka,kalau ada submission ke class test ke ape2 aktiviti ke pada hari ahad,memang melepasla.
Untuk ke carboot, kak pah suke jalan kaki.Daripada hall kak pah,kalau jalan kaki dalam 45minit macamtu..
Haaa..Sehat tak sehat ko berjalan kaki di waktu pagi.
Tambah sihat lagi,kalau kau pergi dengan sifat tamak haloba dan boros,balik2 seperti santa claus yang membawa banyak barang sambil jalan kaki lagi 45minit.
"Selamat tinggal lemak degil!"

-Kawasan sekitar semasa pergi dan pulang-"Kenape kak pah jalan kaki?"monolog @.@
Carboot ni kan dikk oiii..dia memang tak tetap penjualan,kalau cuaca elok (termasuk cuaca malam semalamnya) maka,ramailah yang menjual dan banyaklah pilihan pembeli,kalau cuaca tak elok,maka sebaliknya akan berlaku.
Maka,kalau kau balik tanpa hasil,takdela terkesan di hati dek kerana terpakse bayar 4pound duet taxi.
Okay,pesanan tulus ikhlas kak pah,
Sebelum pergi,walaupun tamak,harus ade matlamat ye!walaupun dalam kebanyakan waktu anda mungkin tersasar.
Baiklah mari kita tour sikit kawasan carboot,
-ni ada signboard dekat depan pasar-pastu,kau toleh belakang,nampak la pulak,

-ni sebahagian daripada kawasan carboot,dia ada indoor dan jugak outdoor lagi kat bahagian lagi satu-Seperti yang anda dapat lihat,macam takde ape2 kan,ni disebabkan semalamnya hujan dan forecast pulak cakap on that day either rain or snow maka,takdelah ramai orang berniaga kat bahagian outdoor.
Sorilah dik..kak pah malu2 nak tangkap gamba bahagian indoor.
Barang-barang dekat carboot ni murah-murah,harga depends dengan peniaga,ade yang boleh tawar ade yang tak boleh.Ada yang dah memang murah dan ada jugak yang memang jual mahal.
Selalunya kak pah beli paling murah 20p dan average harga barang2 kesukaan kak pah kat sini ialah 50p (tak semua).
Mari kita lihat sebahagian daripada barangan 50p kak pah,
History:dah dekat pukul 12 ke pukul 12 lebih (tak ingat!) tapi yang pasti orang dah start nak tutup2,pastu nampak la teko ni (kak pah;suke minum dengan kuantiti yang banyak) maka,tanyalah kat akak seller tue harga dia.Pastu dia kate "a pound",maka,kak pah pon fikir2 "Ermmmmmmmmmmmm..".Tanpa dijangka, ALLAH telah memberi rezeki,akak seller tu kate "I'll sell it for 50p".Hape lagi angkuttttttt!Fairuz,my carboot partner of that week,pon dapat beli kotak2 beranak pinak yang cantik dengan harga yang best dari makcik tu.
Next,
-teko ni 50p juga,tapi dibeli pada week yang lain-History: Kak pah tengok2 teko ade pakcik 2orang ni jual,diorang jual tiga teko,kak pah pon tanye untuk salah satu,dia kate "50p",okeyh angkutttt..
Pastu,konon2 dah nak balik,sebelum benar2 melangkah pergi,kak pah patah balik beli lagi dua..
tue diahhh..bukan senang nak dapat dan bukan senang jugak nak bawak balikkk jalan kaki..
tapi takpe,puas,lena tidurr..
Seterusnya,
Gamba overall hasil tangkapan kak pah masa pergi carboot dengan Aleen dan Bee pada minggu lepas,
(dah macam ambik dengan mobile dah gamba nih)yang bukan 50p adelah beg kelabu,coklat,dan casing camera yang lain semua 50p.
t-shirt BNWT (brand new with tag=tue short form ebay) - 2 for a pound =O
Coklat galaxy tue kak pah beli 5peket=1 pound,expiry date=hari kak pah beli (T.T)
arghhh.makan jekk..
Boleh dikatekan normal je kat carboot ni jual coklat/makanan yang dah expired,
coklat lain yang kak pah hampir beli expired bulan 7 pon adooo dikkk..
Instant noodles expired pon boleyhhh..
Ok,berbalik kepada pembelian minggu lepas,
Best buy of that week!

Knitted next bag,50pMasih putih bersih lagi.
Selain daripada barangan2 yang kak pah tunjuk,mostly kak pah suka cari&beli miniature sebab kak pah suka dia punya details.
Nanti kalau kak pah list kan semua,kalah katalog Argos.=p
tipu jekkk..
Buku-buku kat sini pun murah,novel2 second hand paling murah 5=1pound dan yang baru biasenya 3=5pound.
Barang mainan best2 pon murahhh! banyak pulak tue..tak percaye kena tanye Bee!
Okay,itu saje,nanti kalau rajin kak pah buat katalog miniatures pulak!
Wassalam

7 comments:
wahh.. daripada diva berubah menjadi ratu carboot.. kak pah curlast!
nak gi nak gi....erkk...selamat ke carboot angin kuat nih...hahaha...
NAK GIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
Duta Carboot!
@Iwa:ratu carboot,harussssss!
@ahkak menches:ok2! doa2 weather ok..tapi kalau nak snow,x dapek laaa..hui3
@nozomi:wakil Malaysia ke carboot.
jgn ko pulak buat carboot kt umh neh sudeh
I loike ur blog kak pah!tulis2 selalu
@Lolly: kak pah tak bukak carboot sale kak pah buat H8 sale jekk..baru meriahh..ko nak jual barang skali pon boleyhhhh..hak3
@Paris pie:Terime kasehla dik oiiii! mmuahh2
Post a Comment