BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 24, 2012

Liku-Liku Kehidupan di Glasgow 7-Study weeks yang tinggal week ye!


Assalamualaikum!

Waaahh..nak kata terkejut tak terkejut tengok layout nak menulis blog dah bertuko!
*akak suka taww,lebih mesra kak pah*

Baiklah,sekarang Kak Pah and the associates tengah minggu study,
dah nak final yang final!!

Harus lebih gentar dari final juara lagu..

Oklah!

jomkita main teka-teki,

Sebelum tu,
Haruslah menyanyi ,
*teka-teki, teka-tekok ular  mati atas pokok*
Rajin ular menyusur naek pokok walaupun dah tak berape nak sihat kann..

Soalannye,

 Harta apa yang agak berharga tymestudy week ni?

Jom kita teka,



 Apekah yang ade dalam kotak ni?
Nota-nota? Slides lecturer?Past years?Diari anak seni? *eh,tetibe* Skrip upcoming movies?





                                                          ...............................................











Keropokkkkk!!!


(Ni gamba stok lama,sekarang takde stok, harus stockup)

Tapi,bile ko banyak keropok,ko nak coklat pulak kann..
Alhamdulillah, hall kitorang dekat ngan aldi,
mampu beli dikk..
Kalau dekat ngan Sainsbury je..tak ke nanges nak menanggung karenah tyme2 ala2 stress ni..

Tapi syukur,ade lagi coklat yang Farrah bagi time birthday haritu



Ape-ape pon,

Kak pah telah mendapat pesanan tulus ikhlas dari CikTikah,
Katenye ingat,


* Happy giler si ketam ni kannn pegang duet,muke pon ala2 tamak gitu (Hadiah Hazwan bagi)
D.U.I.T

Doa.Usaha.Istiqamah.Tawakkal

Moge2 Kak Pah and associates dimudahkan urusan oleh-NYA

Aminnnnnnnn...






Monday, March 26, 2012

LikuLikuKehidupanDiGlasgow-6

"Sambil menyelam,Minum air dikkk"

Tak ke lemas tu??

Tengah buat discussion FYP,curik2 la sikit masa hapdet kejap.

Sementelah, kak pah membuat FYP kak pah ni,

Barulah kak pah teringat,

Dulu-dulu,lepas PMR,

kak pah telah meng`apply' tempat disebuah sekolah teknik di Melaka

nak ambil sains pertanian dikkk

ko percaye?

Rupa2nya dulu kak pah minat pertanian yekk
(berangan lah jadi petani moden,padahal tanam pokok pastu tinggal jek)
Ko jangan tak tahu,
AgroTek,AgroJournal kat TV1 tu febret Kak pah taww
On top of cerekerama,rosalinda,thalia,pangako sa yo,la intrusa etc..

Maka,kak pah pun dapatla tempat disekolah tersebut
Namun,kak pah tidak pergi ke sekolah tersebut dek kerana
trauma nak duduk asrama dikk
(sleep deprivation)

ALLAH knows best!

kini, kak pah sedang membuat FYP berkaitan pokok

jadi kenot2 merungut la ye kak pahh!!

ade hikmahnye tuee..


Semalam,jalan2 tengok SPORT RELIEF kat George square,

adela choir dari org2 yang working with charity,

powerful suara diorang, sedap nyanyi

makcik2

sentap taww kak pah,rase nak join nyanyi

Dahlah tak siap discussion lagi,makcik2 tue second song diorang nyanyi lagu

sebut2 nama "penyelia projek" hakak..

haaaaaa...banyak kali pulak tuee

siap lagu tu ade sebut pasal lawyer2..harus ko lagu turun naek mahkamah

Kak pah pown hOkeyh...

"Discussion"

Pastu,chill balik!!


Friday, March 23, 2012

LIKU-LIKU KEHIDUPAN DI GLASGOW SIRI ZOMBIE

Assalamualaikum semua

Ape kaba y'alllsss..

lama kan tak update- seperti yang dijangka kan

"bagai populariti seorang retis,ade turun naeknye rasa nak menghapdet blog"

Okaylah, kak pah kini sedang dalam fasa rumit seperti yang dialami pelajar2 lain

"menyiapkan assignment dan projek tahun akhir sebelum TALIMATI"
erkkkkk..

Oleh itu,hidup kak pah kini sedikit huru-hara,kacau-bilau,dan lain2 lagi

walaupun begitu disebalik kehuru-haraan,terselit
Kehurrah-hurrahan

Untuk menyiapkan kerja last minute,
harus kak pah katakan yang kak pah and frens terpaksa mengorbankan tidor kami seperti kebiasaan orang2 lain juga

Kami adakalanya sama2 stay up dan sama2 menyaksikan diri kami yang boleh dikatakan separa SAYWELL

Ini cerita dari anis (mimpi separa sedar),

Kak pah: anis,bangun..(anis mendengar sebagai jom makann..)
Anis: makan ape?
Anis kemudiannye mendengar seperti Kak pah menjawab: makan STEROID

vavavavvavah...memang ahli GYM sejati yobbb!!

Kak pah kalau teringat cerita mimpi separa sedar anis ni,memang gelak sorg2


Next story,

Pukul berapa tak ingat time tue..tapi pagi2 buta

Kak pah nak pegi toilet rasanya

Anis: Cipak,aku nak pulangkan buku Rang n Dale ko ni.Aku letak atas meja ko eyh..

Kak Pah: tak payah la letak atas meja aku,ko letak kat LANTAI..

bila diri dah rasional sikit,memang rasa pelik gile ape yg aku cakapkan tu..

Assignment...Assignment...you drive us ZOMBIE..


Sunday, January 1, 2012

Liku-liku kehidupan di Glasgow 4 - Selamat Hari Jadi Kak Pah 2 =D

Sambutan ke-2, (15 disember 2011) hari kelahiran biduanita chelup/bakal biduanita negara??-sape tahuuuu kannn.


Hari itu seperti hari yang biasa,
Kak Pah pulang dari lab lewat dari orang lain/lebih menyedihkan orang lain dah start cuti winter.

*Kak Pah Redho Yayadan Selalu*

Selepas menunaikan tanggungjawab,kak Pah mula mengamalkan aktiviti tidak sihat kak Pah iaitu tidur di waktu petang/kalau kat obersi time winter2 nih,konpom waktu maghrib!

After a short nap, kak Pah pun mula masuk ke dapur kerana hari tersebut merupakan hari dimana kak Pah dikehendaki memasak.

Kedengaran kemeriahan rakan2 kak Pah memotong sayur,daging salami,rebus makaroni,dan yang paling best ialah apabila seorang rakan kak Pah
"berjaya membeli mixer baru".
Tak lupa juga yang meng`clearkan' rumah serba sedikit.

Hati kak Pah yang konon2 innocent2 ayam ni pon terdetik "diorang nak masak untuk Spain ni"
*Sebenarnye ade la perasan-perasan, "entah2 mereka nak buat majelis hari jadi kak Pah"
tapi pada masa itu,
kak Pah sedikit sebanyak mendidik hati kak Pah supaya tidak terlalu perasan,supaya kelak kau tak kecewa.
Namun,apekan daya kalau apabila rasa perasan kak Pah, berjaya menguasai hati kak Pah yang lemah ni.
kita layannnnnnnn..

Tiba waktu kak Pah nak masak nasik, Aleen pon cakap " Kak Pah (nama samaran),jangannnnn masak nasikk"
Kemudian dia meneruskan, "Ko boleh teka takk?"

Ahakkssss,malu2 ayam pon menjengah hati kak Pah (wawahh..noveletisss taww)
"Bole2"
sambil buat alasan "owhh,aku ingat korang nak masak untuk Spain"
drama queen..drama queen..
naseb baek bukan dancing queen
*Smile*

Selamatla ayam yang kak Pah defrost pakai microwave,hape lagi,kite kunyit dan garamkann mereka untuk buat masak esok hari..

Persiapan majelis diteruskan
dan majelis yang gilanggemilang pon berlansung jam 7.30pm,

Gambaran hidangan di sekitar majelis
Jacket potato berintikan capsicum,salami,dengan ubi,topped dengan cheese



Makaroni cheese
*Berikut adalah hasil2 masakan chef2 H8 dan G7*
Like a G6 yallsss
Burger daging+cendawan - hasil kerja chef H3

Puding Buih hasil kerja kursus Farrah Suraya
Haaa..Ko pernah makan ke? selama akak kat Malaysia,akak tak pernah jumpe puding buih ni.
Kat Obersi jua akak merase..Jangan maraahhh!

Creme Caramel Pudding by Aniss!
Quality Street Chocolates - sekilo(setin) Faiz bagi kat semua orang,sekilo lagi Farrah bagi hadiah birthdayy!!
Weehuuu! tambahan 1kg dalam berat badanmu =)
kak Pah kesahhh??
*Op koss*

Haaaa..ape lagi yang significant kalau harijadi,
mestilah kek birthday
*again tawww*
Kak Pah memang over the limit,
tak kesaahh la dikkk
Hasil kerja kursus Mirahhh!!
Sedaaapp dikk oiii!
macam cheese campur coklat gituh.
Nak order boleh kontek Kak Pah ye!

Terima Kasih Chef2 semua,
H8 dan G7 dan E6 *Fairuz,Fariz,Aleen,Bee,Mirah,Anis,Farrah
*H3*Hazwan,Wanji,Duwe*
Walaupun Joyah,
Kak Pah sayang. Apekahhh??
(Ewahh2 Farrah,ade sabun ke dalam puding buih tue..muahahha)

Tak lupa juga,tetamu2 yang datang
Tetamu kak Pah tak sangke, satu batch*Faiz,Wanli* Abang Master *Hanafiah*Adik2 same2 undergrad *Idris,Najhan*
Terima Kaseh Daun Keladi,
Kalau Boleh buatla sampai birthday kak Pah yang ke-40 =D





Liku-liku kehidupan di Glasgow 4 - Selamat Hari Jadi Kak Pah 1 =D

Assalamualaikum!

Jangan sentap sangat dengan tajuk entry akak yang syok sendiri ni yek..

Alhamdulillah,pada tanggal 14 disember 2011 yang lalu,
kak Pah telah diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk menyambut hari kelahiran kak Pah yang ke-23!
Syukur,teringat pulak entry blog Mirah dulu2 pasal pertambahan usia,
apa yang kak Pah (sebagai thenextchosenustazah) dapat simpulkan ialah pertambahan usia tu tak membawa makna apa2 kalau tidak diisi dengan keberkatan.

*mari muhasabah diri seketika*

Ewahhh!
Ok,kak Pah nak cerita la sikit pasal sambutan hari kelahiran kak Pah 16 hari yang lalu,

Sungguh tak sangka Kak Pah dengan usaha gigih rakan-rakan kak Pah yang bersusah payah membuat surprise dan persiapan masak2 untuk hari jadi akak haritu.

" Terime Kaseh korang semua"

Kak Pah yang berhati kental inipun terharu

Sambutan Hari Kelahiran Biduanita Chelup 1-> 14 disember 2011 (waktu omputeh)
12.30am

Kak Pah and the associates malam itu rancak (exaggerate) berbincang mengenai kes pesakit yang kami akan bincangkan bersama2 student medic University of Glasgow pada keesokannya.
Aktiviti ini sudah menjadi kebiasaan (padahal 3 kali je baru) bagi kak Pah and the associates.
*PokPekPokPekPokPek*
Kali ini,kami berbincang diruang tamu.

Pada jam 12.00am,rakan2 serumah kak Pah yang lain,mula keluar dari bilik dan mula menyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi Kak Pah!"
Bee pun memberi pre-birthday present kepada kak Pah,

Kak Pah pun berasa hepi dan kemudian kami meneruskan perbincangan.
*PokPekPokPekPokPek"

Seketika kemudian,
Kak Pah menerima WATSAPP dari ahdek Kak Pah;Hazwan Samian yang tidak ketinggalan memberi ucapan kepada Kak Pah!
disamping ucapan, Hazwan turut menanyakan "Kak Pah tengah buat ape?"
"Tak tido lagi?"

Kak pah pun tanpa rasa ragu2 menjawab soalan adik kak Pah te
rsebut dengan tulus ikhlas.

Sewaktu Kak Pah,sedang hangat berbincang mengenai kes pesakit dengan Jolollyah,Fairuz tiba-tiba menghulurkan sebiji kek Coklat dihadapan muka kak Pah.
Kak Pah yang tidak sempat melatah terus menjerit KETAKUTAN,eyhhh..bukan,Terkejut dikkk..
Rupa-rupanya,Hazwan,Wanji dan Duwe sudah berada diluar pintu rumah untuk membuat sepraissss!! Sedaaaaaappp dikkk oiii kek nie

Kalau2 rase nak order,boleh kontek Hazwan /WanjiYobb..kelasss ye kek korang

Disamping kek tersebut,adelah snek2 tambahan yang diberi oleh Aleen & Mirah untuk memeriahkan lagi aktiviti makan kek
Aiskrem hijau : Aleen
Biskut:Mirah

*Totally Surprised*

Kak Pah juga malam tue menerima sumbangan hadiah hari jadi dari adek kak Pah,
-sape lagi yang rajin handmade2 ni kalau bukan hazwansamian-
pandai ko buat dikk oii..

Jangan lupa baca next post kak Pah - episod kedua sambutan hari jadi kak Pah!
Kak Pah terpaksa separate,kerana trauma

p/s:Hangen jugak kak Pah dengan blogspot ni,habis post kak Pah haritu (dahla nak penghabisan) hilang gara2 meletakkan satu gambar,sabar je la..oleh kerana itu,post kak Pah mengenai birthday kak Pah ter`delay' seketika kerana kak Pah nak recover dari trauma yang kak Pah alami.




Thursday, December 8, 2011

LIKU-LIKU KEHIDUPAN DI GLASGOW 3-CERITA HARI AHAD

Assalamualaikum!


Kali ni, Kak Pah nak cerita pasal "Carboot Sales".
Nie memang tempat pebret kak pah tawwww...

Ok,Carboot sales nie macam pasar lambak la orang kate,orang ramai akan jual diorang punye barang (barang second hand) dari rumah/tak kesah la ko nak jual ape..

So,diorang akan bukak boot kereta atau diorang nak tutup pon boleyhhh untuk jual barang2 diorg. Sebenarnye,takdela barang2 tu memang direct diorang jual dari boot kereta tapi diorang akan ade meja sendiri dan berniaga.
Senang cerita diorang park kereta diorang dan berniaga dekat kereta diorang.

Setakat kak pah kat Glasgow ni,satu tempat carboot je yang kak pah pernah dan selalu pergi (berbanding rakan2 seangkatan kak pah).
Iaitu dekat ' Blochairn Sunday Market'
Carboot ni ada hari ahad je, selalunya pukul 8pagi orang dah bukak dan dalam 12lebih tghari diorang dah start nak tutup.
Maka,kalau ada submission ke class test ke ape2 aktiviti ke pada hari ahad,memang melepasla.
Untuk ke carboot, kak pah suke jalan kaki.Daripada hall kak pah,kalau jalan kaki dalam 45minit macamtu..

Haaa..Sehat tak sehat ko berjalan kaki di waktu pagi.
Tambah sihat lagi,kalau kau pergi dengan sifat tamak haloba dan boros,balik2 seperti santa claus yang membawa banyak barang sambil jalan kaki lagi 45minit.
"Selamat tinggal lemak degil!"

-Kawasan sekitar semasa pergi dan pulang-

"Kenape kak pah jalan kaki?"monolog @.@
Carboot ni kan dikk oiii..dia memang tak tetap penjualan,kalau cuaca elok (termasuk cuaca malam semalamnya) maka,ramailah yang menjual dan banyaklah pilihan pembeli,kalau cuaca tak elok,maka sebaliknya akan berlaku.
Maka,kalau kau balik tanpa hasil,takdela terkesan di hati dek kerana terpakse bayar 4pound duet taxi.

Okay,pesanan tulus ikhlas kak pah,
Sebelum pergi,walaupun tamak,harus ade matlamat ye!walaupun dalam kebanyakan waktu anda mungkin tersasar.

Baiklah mari kita tour sikit kawasan carboot,
-ni ada signboard dekat depan pasar-

pastu,kau toleh belakang,nampak la pulak,
-ni sebahagian daripada kawasan carboot,dia ada indoor dan jugak outdoor lagi kat bahagian lagi satu-
Seperti yang anda dapat lihat,macam takde ape2 kan,ni disebabkan semalamnya hujan dan forecast pulak cakap on that day either rain or snow maka,takdelah ramai orang berniaga kat bahagian outdoor.

Sorilah dik..kak pah malu2 nak tangkap gamba bahagian indoor.

Barang-barang dekat carboot ni murah-murah,harga depends dengan peniaga,ade yang boleh tawar ade yang tak boleh.Ada yang dah memang murah dan ada jugak yang memang jual mahal.

Selalunya kak pah beli paling murah 20p dan average harga barang2 kesukaan kak pah kat sini ialah 50p (tak semua).

Mari kita lihat sebahagian daripada barangan 50p kak pah,




History:dah dekat pukul 12 ke pukul 12 lebih (tak ingat!) tapi yang pasti orang dah start nak tutup2,pastu nampak la teko ni (kak pah;suke minum dengan kuantiti yang banyak) maka,tanyalah kat akak seller tue harga dia.Pastu dia kate "a pound",maka,kak pah pon fikir2 "Ermmmmmmmmmmmm..".Tanpa dijangka, ALLAH telah memberi rezeki,akak seller tu kate "I'll sell it for 50p".Hape lagi angkuttttttt!
Fairuz,my carboot partner of that week,pon dapat beli kotak2 beranak pinak yang cantik dengan harga yang best dari makcik tu.

Next,

-teko ni 50p juga,tapi dibeli pada week yang lain-
History: Kak pah tengok2 teko ade pakcik 2orang ni jual,diorang jual tiga teko,kak pah pon tanye untuk salah satu,dia kate "50p",okeyh angkutttt..
Pastu,konon2 dah nak balik,sebelum benar2 melangkah pergi,kak pah patah balik beli lagi dua..
tue diahhh..bukan senang nak dapat dan bukan senang jugak nak bawak balikkk jalan kaki..
tapi takpe,puas,lena tidurr..

Seterusnya,

Gamba overall hasil tangkapan kak pah masa pergi carboot dengan Aleen dan Bee pada minggu lepas,
(dah macam ambik dengan mobile dah gamba nih)
yang bukan 50p adelah beg kelabu,coklat,dan casing camera yang lain semua 50p.

t-shirt BNWT (brand new with tag=tue short form ebay) - 2 for a pound =O

Coklat galaxy tue kak pah beli 5peket=1 pound,expiry date=hari kak pah beli (T.T)
arghhh.makan jekk..
Boleh dikatekan normal je kat carboot ni jual coklat/makanan yang dah expired,
coklat lain yang kak pah hampir beli expired bulan 7 pon adooo dikkk..
Instant noodles expired pon boleyhhh..

Ok,berbalik kepada pembelian minggu lepas,
Best buy of that week!



Knitted next bag,50p
Masih putih bersih lagi.

Selain daripada barangan2 yang kak pah tunjuk,mostly kak pah suka cari&beli miniature sebab kak pah suka dia punya details.
Nanti kalau kak pah list kan semua,kalah katalog Argos.=p
tipu jekkk..

Buku-buku kat sini pun murah,novel2 second hand paling murah 5=1pound dan yang baru biasenya 3=5pound.
Barang mainan best2 pon murahhh! banyak pulak tue..tak percaye kena tanye Bee!

Okay,itu saje,nanti kalau rajin kak pah buat katalog miniatures pulak!
Wassalam






Saturday, December 3, 2011

LECAH-LECAH KEHIDUPAN DI GLASGOW 2

ASSALAMUALAIKUM semua!!

ape kabo yob!

Instead of liku-liku,kak pah kali ini menukar tajuk post ni kepada lecah-lecah pula!
nak tahu mengapa?
sejak beberapa hari yang lepas,yang lepas2,dan lepas2 lagi..
Glasgow ni asyik hujan je..
tapi nak buat macamane,tu memang trademark Glasgow
hujan dan Glasgow memang "bagai isi dan kuku"
itulah keistimewaan Glasgow
buat orang2 Malaysia yang berada di Glasgow yang mandi on average 2kali sehari walaupun musim sejuk,memang sesuai la duduk kat sini.
kau cakaplah musim ape pon dia memang kerap hujan.

tapi,Alhamdulillah,hujan kat sini dia nak kate lebat tak lebat,nak kate renyai2 pon tak jugak..tapi yang pasti,lopak2 kat jalan tue still ade.
Satu lagi,sini punye hujan tak disertai dengan kilat/petir.
jadi,masih boleh berkeliaran walaupun dalam keadaan hujan! weehuu!

Buat pengetahuan umum, sekarang ni Glasgow dan kawasan sewaktu dengannye dah masuk winter rasenye,
eh boleh pulak rasenye!
tetapi,kali ni,winter die tak se`EXTREME' winter tahun lepas dan rasenye tak sesejuk winter2 sebelum ni,
kalau tahun lepas,bulan november dah snow tapi
kali ni,dah 3 december pun takde snow lagi,
walaupun begitu, time kak pah tengah taip ni,ade je forecast ramal malam ni/esok akan snow or rain.

Untuk melihat perbezaan suhu mase winter tahun lepas mari kita imbas history cuaca,

(gamba ni tangkap dekat henpon,kesian kak pah tak reti print screen)
cuba hampa semua compare,suhu low dengan high tahun ni dengan last year,beza tak beza dikk oiii..tapi takpe,alhamdulillah masih sejukk!
perbezaan suhu bulan 12 dengan middle bulan 11 ialah sekarang ni,suhu dia macam chillin' sikit
bbrrr..i like!

Okay,forget about the weather,
kak pah nak cerita lah kak pah harini mula2 ingat lepas pergi membeli dan membelah dalam hujan kat city centre kak pah nak la makan fast food..
tetapi akhirnya,setelah mempertimbangkan pros and cons dan perbelanjaan shopping yang agak banyak maka kak pah pon decide bersama kak lolly untuk membatalkan niat memakan fast food.

tapi,as part of kak pah's Glasgow activity,kak pah nak cerita lah satu kedai kebab febret kak pah nie..nama kedai tu,Bistro Fast Food.

Berikut adalah antara menu-menu yang dihidangkan oleh bistro,


Sorry lah ye!kak pah tak reti la nak rotate!
(sila terbalikkan laptop untuk tengok menu ni)

Harga yang tertera adalah harga pada waktu yang paling murah sekali iaitu antara 11pagi hingga 6petang,lepas 6pm harga dia pon naek dalam 50p ke atas utk setiap menu.
mujurlah,kak pah and pren selalu pergi waktu tengahari walaupun sebenarnye waktu tu je yang available untuk pegi ke kedai ni ponnn..

makanan yang bistro ni jual memang sedap la puas hati dengan harga dia yang agak murah compare to kedai lain. Disebabkan hal tersebut,walaupun ade seorang abang tukang masak EMO yang baik dengan mat salleh tetapi berkelakuan kurang baik dengan akak2 malaysia,kak pah and prens still pergi ke situ..
(agak2nye ape yang abang EMO ni menyampah sangat ngan kak pah n prens)
dia suka Anis je..
kami tak pernah buat onar,cuma suka mintak sos lebih je (memang malaysia)..

Nie contoh2 makanan yang bistro jual,

lamb donner and chips


double cheese burger


kak pah dah makan sampai tinggal 1/3,tapi sedaaaapp dik oiii..

Sebenarnye,makanan febret kak pah kat bistro ialah chicken donner and chips plus garlic sauce..kecur liuq taip name dia..(overr sangat!)

Kak pah ni memang suka cerita pasal makanan kann,mungkin itulah sumber kegembiraan kak pah..anda bagaimana?

Lagi satu sumber kegembiraan kak pah ialah,

ebay.co.uk

anda bid dan jika ALLAH mengizinkan anda untuk menang dengan harga yang murah,anda akan menang dengan hati yang girang! weeeeehuuuu!
contoh,

kasut skechers kak pah brand new,
kak pah menang dengan harga 6.50pound campur postage 4.00pound maka 10.50pound.
Syukur,bukan senang,rezeki walaupun melalui ebay tidak datang bergolek,kite kena selalu check dan aware jika ada bidder (musuh) lain yang letak harga tinggi dari kita.

Oleh itu,kene sentiasa usaha dan tawakkal,
tawakkal unlimited,tawakkal kepada ALLAH tu ade dalam semua perkare..
kelasss dik oiii..
pesanan ikhlas, kakpahthenextustazahpilihan

All in all cerita kemenangan kasut skechers ni sudah basi dikalangan kawan2 kak pah sebab dah beberapa bulan kak pah menang dan dah pakai.

Okay lah,itu saje,nanti kite story lagi ye pasal Glasgow life kak pah!
Selamat maju jaya semua =D







Sunday, November 13, 2011

LIKU-LIKU KEHIDUPAN DI GLASGOW 1

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!

bukan maen ye kak pah menyepi,bukan sahaja meninggalkan negara tercinta malah blog juga ditinggalkan sepi.Ade orang kesah?

Dikesempatan ini,kak pah nak bercerita lah serba banyak/sedikit (mengikut kemampuan gitu) mengenai kehidupan kak pah yang penuh ranjau,duri,onak,dan ape2 lagi yang boleh di`list'kan kalau mampu.

"Eh! Mengadalah kau ni Pah! elok je kau kat Glasgow tu"

A'ah ALHAMDULILLAH syukur nikmat kepada ALLAH SWT yang telah memberikan peluang kepada kak Pah dan rakan2 untuk merasa belajar di obersi walaupun orang kata "celup" jadilah ye!
ni gamba hall depan hall kak pah,lebih2 kurang je! (thomas campbell court) kak pah tinggal dekat james blyth court.
(malas betul kak pah nak korek gamba james blyth court)
Dah masuk 5bulan kak Pah berada di sini,
So far so good! (Alhamdulillah!)


Setakat ini,banyak pengalaman2/suasana/barangan2 yang dibeli (ooopsssss)
Berikut adalah perkara2 yang menarik yang kak pah alami/sendiri carik

1. Dekat sini,snack2 lazat memang murahh..kak pah pon tak terhitung dengan jari-jemari kak pah berapa banyak dah yang kak pah makan. Kalau kau makan sepeket,probability untuk ko teruskan dengan satu peket yang baru tu sangat besar,for kak pah yang tamak haloba ni,the probability is almost one! mak aihhhh..ovahhh kann..
Cube kau tengok gambar dibawah,
gamba di atas kak pah ambil masa 18july,cube kau bayangkan kalau dah 5 bulan kat sini,berapa banyak pek dahh..subhanallah!

2. Bukan sahaja snek lazat,malah krim lazat pon kak pah makan banyak tauu..jangan tak tauu..disebabkan pada bulan cuti2 musim panas haritu ade kabar gembira jualan murah aiskrim ben&jerrys (separuh harga) maka kak pah dan beberapa kawan2 pon telah membeli,
aiskrim ni ala2 aiskrim mahal gitu sebenarnya,kat Malaysia tak mampu dik akak nak makan aiskrim2 berjenama!
setakat ni,ade la dalam 4 tub akak selamat makan! meriahhhhh..

3.Scotland ni terkenal tau dengan highland cattle,sebabnye ,Scotland ade satu tempat yang banyak bukit2 (highlands) dan op kos sejuk! makanye,lembu2 mereka pon bulu2 bukan mainn..
rambut pun harus ikut JUSTIN VIVER!
thats cool!they are friendly too =D


4. Banyak lagi akak nak cerita tentang kehidupan di Glasgow ni,tapi mari kita buat yang ni yang terakhir untuk post ni sebab INTRO fyp is calling2.

dekat Glasgow ni banyak kanak2 yang boleh dibawa main,
malangnya,kebanyakan mereka tak suka main/takut dengan kak pah,
kak pah pegang nangis,kak pah letak ceria gitulahh..
kak pah kan ex-guru disiplin berbadan wrestler pula.


That's a bit of my glasgow story,dengan izin ALLAH boleh kak pah sambung lagi,

BYEEEE!!






Sunday, May 15, 2011

Blind Reflexology

Lama tak berbelog secara betul2.Amalan ini tidak baik untuk kesihatan blog akak.Kali ni,rasa teringin pulak nak cerita pasal urut refleksologi orang buta.Sebenarnya,dah lama nak belog pasal ni,tapi MALAS TAK INGAT!
Kali pertama aku merasa blind reflexology ni masa CLUB HELEN KELLER IMU yang diterajui oleh Aimi waktu tu buat week untuk ORANG KELAINAN UPAYA (lebih kurang la bunyik nye).Turun2 je escalator baru balik kelas kan,Sabrina offer tiket untuk try blind reflexology rm10 untuk 15 minit.Mula2 rase macam malas sebab ade kelas lagi ,tapi bile 2 org housemates pon nak try,ape lagi kann..join the crowd la..
beberapa hari dan jam lepas try urut tu,aku rase kaki kiri aku yg selalu sakit2 ni macam baik pulak. Teringat aku akak yang urut tu,sebelum habis urut kaki aku,dia ade la ketuk pergelangan kaki kiri aku,pastu ade macam akak tue dengar2,aku takde dengar ape2 pon.(ala2 test nak beli tembikai gitu).Disebabkan hasil urutan akak tersebut membanggakan,maka aku jadik sedikit obses dengan blind reflexology.
Kali kedua,aku,anis,hazwan,fariz,dan peruz pergi ke ibukota.Aku,Fariz,dan Peruz pergi menjalani blind reflexology whereas, Anis dan Hazwan pergi membeli-belah.Selepas urutan tersebut,lama-kelamaan,kaki kiri aku sakit balik.Aku rasa mungkin sebab aku basuh kaki beberapa puluh minit selepas berurut (kalau urut kaki seelok-eloknya jangan basuh kaki dengan air selama dua jam ke??teettt tak ingat) ataupun akak urut yang seken time nie urut kuat sangat..

Kali ketiga pulak berlaku beberapa hari lepas hospital attachment haritu.Urut ni berlaku secara kebetulan.Den toman omak den poie hospital,ado pulak blind refleksology maso tue!Apo laie,omak tercinta yang tau keobsesan den nie offer la den buek urutan!
Urut-urut kaki waktu tu dengan abe pulok,kakok dah penoh(sorang je pengurut perempuan).Mula-mula aku terus la duduk kat kerusi urut dah lunjur2 kaki dah.Pastu,budak urut tue buat tak tau je! aku pon mula *PERAHSANTAN* aku pon monolog *budak nie segan kot dengan perempuan(aku)*.Pastu,aku pon tanye budak tu, *ekhmm..dik..berapa ye kalau nak urut? (padahal tanda harga besar2 dah sangkut kat kerusi tu)*Yang urut tu pon reply*sori kak,saya tak perasan ade orang +mintak maap byk kali*. Astaghfirullah,lupe pulak aku yang dia nie tak nampak,pepandai jek aku assume dia ade extra sense boleh agak2 kalu ada orang duduk..memangla dia buat dunno jek..
Sesi mengurut bermula,sesi bersembang pun bermula..buat pengetahuan anda,akak pertama yang urut aku mmg tak banyak cakap,yang seken kurang cakap,abe yang 3rd ni banyak cakap sikit.Cerita dia,
*Dia hilang penglihatan masa dia berumur 15 tahun disebabkan oleh kemalangan.Sekarang ni adalah 14 tahun selepas tragedi tersebut.Pastu,dia kata dia rasa sangat down waktu tu.Bayangkan,kita dah dapat merasa lihat dunia,tiba-tiba nikmat tu hilang.ALLAH knows best! Boleh pulak aku konon2 nak sedapkan hati dia aku cakap,takpe2 tak banyak dosa.Whatever la! Dia cerita la dia amek STPM dulu dekat St John KL,dapat 3.2 begitu..OMG!! bagus gle budak ni.dia cerita kalau dia nak pegi sekolah dia kena naik bas pukul 5 pagi. Kalau naik bas pulak dia kena tanya orang2 yang ada kat bus stop atau driver bas untuk pastikan dia ambil bas yang betul.Dia kata,kadang2 driver bas malas nak layan diorang.Dia dengan positive minded nye cakap,biasalah driver bas tu penat (Kalau kena kat aku,memang mulut aku bergerak je cerite kat orang ketidakpuasan hati aku). (Untuk pegi mengurut pun,memang dia kata ,kami blind memang depend dengan teksi).Pernah jugak dia tersalah naik bas dan end up pergi kelas lambat (dalam pukul 9 pagi).Tapi,dia kata cikgu2 bagus,paham keadaan dia.Aku pun tanyalah,belajar pakai Braille ke?.Dia kata,kadang2 braille,kitorang banyak pakai computer yang boleh bacakan buku.Bersyukur betul dia dengan adanya teknologi begitu.Lepas STPM,abe urut ni apply untuk UPU,dia dapat satu kursus yang unik dan dia risau kalau2 dia susah nak dapat kerja nanti dan kena pulak bayar hutang pinjaman pelajaran.Maka,dia pun bekerja lah dulu.Dia pun belajar2 pasal urut2 ni.Bukan senang tau nak belajar urut2 nie.siap ade exam lagi.Satu lagi,dia ni,dah dapat satu sijil urut reflexology ni,pegi belaja lagi pasal urut,dan lagi,dan lagi,sampailah dia ade 4 sijil untuk urutan refleksologi.Rajin tak rajin! Aku pun tanya pulak,macamana dengan pendapatan mengurut ni,ok?.Abe ni cakap,Alhamdulillah,bolelah saya bagi duet dekat mak ayah kat kampong.Not to forget,dia kata,dia suka dengan mentality orang kat sini yang terbuka dengan orang OKU,dia kata kalau dia balik kampong,orang kampong ingat dia tak kerja.Last sekali,dia cakap la,sekarang ni dia tengah apply untuk kerja dengan kerajaan,untuk cari kerja tetap sebagai pembantu pegawai syariah gitu,bagus kann..”

Saja je nak kongsi2 cerita sembang-sembang akak! nak feelin2 `ANGEL’ina Joyah buat kisah benar ala2 chicken soup for the soul tak gitu..eh2! orang Islam makanan soul dia solat ye kak..bukan chicken soup!ahakss

Monday, May 2, 2011

Mari Bina-Bina

Assalamualaikum!
Buat pengetahuan semua (padahal yang baca memang konpem2 dah tau!!)

akak n the gang baru balik BTN dekat kuarters KLIA.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Secara keseluruhannya,aktiviti2 yang dijalankan memang menarik.
Walaupun jadual hectic,bayangkan ceramah kenegaraan dan ceramah agama pun aku tak terlelap.
AMAZING kannn..

Untuk liputan BTN yang lebih terperinci sila lihat laman sesawang berikut;
1. Hazwan Samian
2. Jolollyah

Perkara paling best yang akak buat balik2 je dari btn ialah,



Sunday, February 27, 2011

Drama Sekitar Study Week 2

Assalamualaikum!

Wawawah..pandai-pandai je akak buat siri 2
bajet2 drama televisyen sangat!
Nie exaggerated version..

Sepanjang minggu lepas (iaitu ketika hari2 minggu),
adalah hari yang agak bertuah sikit dimana aku bangun pada pukul,


(Jam ni Jah bagi,Alhamdulillah bunyik jam nie ala2 parallel ngan suara aku yang kuat ni)
8.30 lebih am ye!

Awal betol! *mata ke atas tangan ke bahu*

Aku dan Jolollyah bersiap2 dan berlari-lari anak untuk membeli nasi lomak!
Sejak semester 5 ni,banyak kali pulak beli nasi lemak pakcik bawah tu..
ye lah, sebelum ni kelas banyak pukul 8 dan kelas-kelas tersebut pula ialah kelas2 bantuan komputer.

Maka, kami mengamalkan motto LEK2 LU BARU HATI GUMBIRA..


Tue nasik Jolollyah,nak jugak kan masukkan jari comot-comot mulus dia tue..
Pak cik ni memang best,nasi ambik sendiri,sambal,ikan bilis, sume pon ambik sendiri.
Bila kira berapa kena bayar je bukan sendiri..
Gamba nasik lemak aku harus dirahsiakan kerana bersaiz buffet.

Lalallala..
lepas makan,

.................

maka,

sambung lah..


Gamba nie juga mewakili iklan stabi*o,
main2 warna meningkatkan memori.really?

EH2! tengok tue,simpl* sit* pon ade stationery tauu..
Stationery di mata bukan di kertas..
nanti jadi kaligrafi pulak.
(eyeliner:Mirah bagi!)
(bekas stationeries:Jah bagi!)

Kemudian,setelah jam berlari-lari around the locus,
fikiran pon melayang terkenangkan makcik2 dan pakcik2 yg pernah ditemui di majlis keraian dan watnots..

Majlis 1
Mari berkenalan dengan mak cik di bawah

Mak cik nama dirahsiakan : Belajar mane ye sekarang?
Aku: I**
Makcik: Owh..M**

dalam waktu lain,ada pernah ye akak sorang tu teka,
Owh.. Institut.....dia suruh aku sambung la kononya..
Wahahha..tak kesah la kak..
yang penting Aircond unibersiti I kuat dan sejoookkk(kaitan?)

Alhamdulillah,
makcik datang urut nenek aku pun tau akan unibersiti aku..
aku cakap short form ala2 abbreviation jek..Tapi terus dia boleh teka
Mak cik syabas ye!anda memang intelek!


Majlis 2,
Mari berkenalan dengan pak cik di bawah

Pak cik selamat ye nie..songkok pakai kitchen towel.
(kad tue Aimi bagi sempena exam EOS5,sweeeettt)

Pak cik Selamat : Ko buat ape sekarang ni?
Aku:Belajar
Pak Cik:Belajar apa?
Aku:Fa.......(tak abes jawab la konon)
Pakcik:Apesal tak ambek doktor

dengan sambungan syarahan doktor tak cukup kat Malaysia ni..

Aku: zzzzzz..hehehe(palsu2 senyum) tak minat

Kalau ikut hati,boleh tak tanya balik kenape pak cik tak mengaji doktor..
Eh2!tak baek gitu..
rezeki masing2!
Alhamdulillah dapat belajar kan..
tak kesah la orang nak tanya ape..walaupun kadang bising gak ngan soklan cliche'2 ni
tapi bila difikirkan semula,
at least,
pakcik2 dan makcik2 ni tengah cuba nak berkomunikasi dengan kita
dengan melontarkan soalan2 begini
takde lah berasa feelin2 left out kat keramaian

takkan dia nak tanya,

Soklan dd2 ade berapa section ye?










Friday, February 18, 2011

Drama Sekitar Study Week

Assalamualaikum!
Alhamdulillah sekarang nie kitaorang semua dah masuk minggu-minggu study..
wawawah..minggu-minggu?macam 5 minggu je kan study week tue.
Eh2! break the ikrar tak kata nak berblog dalam bahasa omputeh.
tak larat la sekarang nak beromputeh,sebab sekarang asyik baca buku orang puteh je time study week ni.

Time study week ni kan, macam2 perangai tau berlaku dalam diri ni.
Antaranya,

Makan banyak


(nama:buntal)
Nak habis dah cheezels aku ko makan kan?
patutla perut pon ascites.
(patung nie Ida bagi,huggable sangattt!)

Untuk merelakskan diri dari membaca karangan-karangan bahasa Inggeris,
(Nama: Nona)
Baca buku nie memang best,disamping menambahkan kesolehahan dan mengurangkan level kejoyahan diri dengan mengambil teladan dari kisah2 yang dipaparkan.
(buku:aleen bagi , nona:Fariz n Feruz bagi)

Hasil pembacaan,I bukan the scarflets ye..
(Hazwan bagi!)

Yang paling utama ialah aktiviti sembang-menyembang,


Hasil musyawwarah,
kami mendapati kami kurang melakukan aktiviti fizikal,
jadi,
kami pon merancang aktiviti main sorok-menyorok (nie tipu!)
(bear puteh tue bee bagi! nama:hati ku)

Hati ku merelakan diri untuk menyorok,

Dengan bantuan span bob (Hazwan bagi),

Hah! dia menyorok kat sane!

Buntal pon menemui hati ku,


Hahahha..nie rupenye ko!

Hah!mengarut tak aku?

Kepada rakan-rakan seiring dan sejalan P109,

Biar juling mato,Jangan juling tulang!
disamping formula tersebut alhamdulillah ade gamba 2 wanita solehah (cewahhhh!) yang menyejukkan mata dan hati..(jangan vomit!)
(handmade by Mirah)
Eh2! kipas antivirus pon kena belajar pasal virus ke??

Papepon,



Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dimudahkan oleh ALLAH swt.
aminnnnnn
(tuala:Anis bagi!)

p/s: tindakan membabitkan mainan-mainan lembut dalam post kali ini bukan berniat untuk mencaras toysinsideme.blogspot.com =p